Thursday, January 3, 2013

Anak Melayu Manja



Here I would like to share a meaningful poem. My father once recited this poem on RTM1.

ANAK MELAYU MANJA

Anak Melayu Manja
Anak Melayu manja,
Anak Melayu manja,
Anak Melayu manja.

Dari kecil dijaga dengan petua
jadi budak selalu leka
hidup senang berada
ibu bapa tempat meminta-minta
anak Melayu manja
pergi belajar sambil lewa
negaranya makmur nak dijadikan neraka
mudah lupa pengorbanan bangsanya.

Anak Melayu manja.
Bila tegas katanya dera
bila lembut dipijaknya kepala
tak takut bangsanya hilang kuasa
hendak berkuasa songsang pula caranya.

Anak Melayu manja.
Siang malam suka pesta
bohjan bohsia sudah melata
logam hitam puja-puja
cerita porno dijaja-jaja
lupa waktu dah senja
tapi masih lagi mahu terkinja-kinja.

Anak Melayu manja.
Ketuanya kata merit
mereka pening kepala duka nestapa
baru sedar susahnya tanpa kuota
anak Melayu jangan lagi manja-manja
nanti kita hilang kuasa
hilang negara.

- IBRAHIM DEEN, Sarawak

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...